Nice

Wednesday, January 16, 2013

Penyejuk Jiwa Tahun 2013 | Tips Memikirkan Positif

Penyejuk Jiwa
Kali ini blog almudirarizqi.blogspot.com ingin menulis beberapa kalimat yang menyentuh hati bagi para pecinta yang merasa galau. Dari beberapa kutipan kami dapat menulis beberapa buah kalimat
penyejuk jiwa yang lagi tak menentu. oke...jangan




Inilah beberapa kalimat penyejuk jiwa:


  1. Tuhan  memberi  kita  dua  kaki  untuk  berjalan,  dua  tangan  untuk  memegang,  dua  telinga  untuk
    mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati
    pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
    Itulah namanya Cinta.
  2. Cinta  tidak  pernah meminta, ia  sentiasa memberi, cinta  membawa penderitaan, tetapi  tidak  pernah
    berdendam,  tak  pernah  membalas  dendam.  Di  mana  ada  cinta  di  situ  ada  kehidupan;  manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.
  3. Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata:
    aku turut bahagia untukmu.
  4. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,”
    Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki  tetapi  telah kehilangannya.  Siapa kamu
    pula?”.  Jawab titis  air  mata kedua tu,”  Saya  air  mata seorang lelaki  yang menyesal  membiarkan
    seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”
  5. Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu
    berhenti  menyukai  seseorang,  cukup  dengan  menutup  telinga.  Tapi  apabila  kamu  Coba  menutup matamu dari orang yang kamu cintai,  cinta  itu  berubah menjadi titisan  air  mata dan terus  tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
  6. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
    Jangan  sesekali  mengucapkan  selamat  tinggal  jika  kamu  masih  mau  mencoba.  Jangan  sesekali
    menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi
    jika kamu masih tidak dapat melupakannya.
  7. Cinta  datang kepada orang yang masih mempunyai  harapan walaupun mereka telah  dikecewakan.
    Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih
    ingin mencintai, walaupun mereka telah  disakiti  sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai
    keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
  8. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal  dunia  ,  lantaran
    akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya .  Sebaliknya ucapkan kata-kata
    cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
  9. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu
    dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
  10. Cinta  bukan  mengajar  kita  lemah,  tetapi  membangkitkan  kekuatan.  Cinta  bukan  mengajar  kita
    menghinakan  diri,  tetapi  menghembuskan  kegagahan.  Cinta  bukan  melemahkan  semangat,  tetapi
    membangkitkan semangat -Hamka
  11. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi
    sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
  12. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah
    mencintai  seseorang  dan  kamu  tidak  pernah  memiliki  keberanian  untuk  menyatakan  cintamu
    kepadanya.
  13. Hal  yang  menyedihkan  dalam  hidup  adalah  ketika  kamu  bertemu  seseorang  yang  sangat  berarti bagimu.  Hanya  untuk  menemukan  bahawa  pada  akhirnya  menjadi  tidak  bererti  dan  kamu  harus membiarkannya pergi.
  14. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang,  ketika kamu memikirkannya hatimu hancur
    berkeping.Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
  15. Kadangkala  kamu tidak  menghargai  orang yang mencintai  kamu sepenuh hati,  sehinggalah  kamu
    kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
  16. Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke
    dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda
    mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
  17. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka
    seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
  18. Cinta  mampu melunakkan  besi,  menghancurkan  batu,  membangkitkan  yang  mati  dan  meniupkan
    kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
  19. Permulaan  cinta  adalah  membiarkan  orang  yang  kamu  cintai  menjadi  dirinya  sendiri,  dan  tidak
    merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri
    sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
  20. Cinta itu adalah perasaan yang mesti  ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang
    turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke
    tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong
    dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh
    kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
  21. Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh
    jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala
    luka di hati orang yang mendengarnya.
  22. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan
    kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
  23. Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut  ke mulut tetapi cinta adalah anugerah
    Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
  24. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah
    terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
  25. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita
    cintai itulah yang sukar diperoleh.
  26. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi
    mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. 
Demikianlah beberapa kalimat penyejuk jiwa, moga bermamfaat.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 komentar:

Post a Comment

Item Reviewed: Penyejuk Jiwa Tahun 2013 | Tips Memikirkan Positif Rating: 5 Reviewed By: Unknown